Pendidikan Raja Zarith Sofiah

Baginda telah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar sehingga tamat darjah enam. Setelah pengajiannya tamat, baginda meneruskan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar. Selepas itu, baginda belajar di Cheltenhem Ladies' College, Gloucestershire pada usia 13 tahun.[1][2] Pada September 1977, baginda pula belajar di Davies' College, London. Seterusnya, baginda diterima masuk ke Somerville College, yang bertempat di Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford Entrance Examination. Pada Jun 1983, baginda telah mendapat Ijazah Bachelors of Arts dan seterusnya menerima Ijazah Master of Arts selepas tiga tahun iaitu dalam tahun 1986.[3][4]